Sunday 11 September 2016

Filled Under:

"Nak Pindah Ke Batu Dua"Isteri Terkejut Dan Hampir Rebah Lihat Mayat Suami Sendiri

"Nak Pindah Ke Batu Dua"Isteri Terkejut Dan Hampir Rebah Lihat Mayat Suami Sendiri

KULIM - Seorang lelaki maut di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Bukit Kulim, dekat sini malam kelmarin.

‘Tak sangka itu mayat suami’

Mangsa, Mahadzir Shaari, 40, yang bekerja sebagai pemandu lori dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Jati selepas singgah menemui isterinya di rumah rakan di Taman Selasih sebelum terbabas di kawasan Taman Bukit Kulim kira-kira jam7.30 malam.

Lebih menyayat hati, isteri mangsa, Rini Danial, 42, yang dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya itu terkejut melihat mayat suaminya tertiarap dan dikerumuni orang ramai di bahu jalan.

“Sebelum kejadian arwah ada datang jenguk saya di rumah rakan di Taman Selasih, dan dia minta diri untuk pulang dulu dengan menaiki motosikal kira-kira jam 6.30 petang.

“Selepas Maghrib saya yang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan mengayuh basikal melihat orang ramai sedang mengerumuni seorang lelaki tertiarap di bahu jalan.

“Apabila menghampirinya, saya terkejut dan hampir rebah melihat sekujur tubuh milik suami saya sendiri yang tertiarap dan sudah tidak bergerak,” katanya hiba.

Rini berkata, akibat terlampau terkejut dia meneruskan perjalanan mengayuh basikal pulang ke rumah sebelum menghubungi kakak ipar memaklumkan kejadian berkenaan.

“Saya tak sangka itu mayat suami. Beberapa hari sebelum kejadian dia ada bergurau dengan kami, dia mahu mati apabila mengambil tali buaian yang tergantung di rumah rakan dengan membuat gaya seolah-olah ingin gantung diri.

“Malah rakannya juga ada memberitahu suami mahu berpindah, bila ditanya nak pindah mana dia kata ke batu dua,” katanya.

Allahyarham Mahadzir meninggalkan dua anak lelaki Mohd Amirul, 12 dan Mohd Akmal, 13, yang masih bersekolah di Taman Kenari dan Pulau Pinang.

Menurut Mohd Amirul, kira-kira dua minggu sebelum ayahnya terlibat nahas, dia ada berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan menjaga ibunya.

“Sebelum ini ayah tak pernah cakap macam tu,” katanya.

Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Merah selepas solar Jumaat semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.




1 comments:

  1. Lucky Club Casino Sites - Live Casino Websites
    Lucky Club is a well-known and established online casino for the USA. We are an online casino that offers both luckyclub.live traditional and new players Games: 250+ Casino games Rating: 4 · ‎5 votes

    ReplyDelete