Thursday 8 September 2016

Filled Under:

Pukul 3 Pagi Tiba-Tiba Mama Buka Suis Lampu Bilik.. Kerana Terlalu Mengantuk Aku Abaikan, Tak Sangka Mama Sanggup Buat "BENDA TU" Depan aku..

Pukul 3 Pagi Tiba-Tiba Mama Buka Suis Lampu Bilik.. Kerana Terlalu Mengantuk Aku Abaikan, Tak Sangka Mama Sanggup Buat "BENDA TU" Depan aku..
Tiba-Tiba Mama Buka Suis Lampu Bilik. Kerana Terlalu Mengantuk Aku Abaikan, Tak Sangka Mama... -
Tiba-Tiba Mama Buka Suis Lampu Bilik. Kerana Terlalu Mengantuk Aku Abaikan, Tak Sangka Mama…  | Bismillah. Aku ada satu benda nak share ni, kisah pasal aku dengan mama aku, dan moga beri manfaat kepada semua. 🙂 Sedikit biodata pasal aku: Aku 21 tahun, anak bongsu dan agak manja, tak pandai masak, tak pandai kemas rumah, semua tak pandai, (tak tau la relevan ke tak info ni) mama aku pula skrg umur dia 64 tahun, selama ni semua benda mak aku yang buat.
tut
Kami tinggal serumah, bilik aku dengan mama aku sebelah je and ada pintu tengah/connecting door lebih kurang macam kat hotel tu , lepas solat subuh semalam, aku sambung tido balik tiba tiba mama aku datang bilik aku dan buka suis lampu . Aku tanya nape ma buka lampu adik nak tidur. “Mak nampak lipas tadi lepas tu nampak dia masuk bilik adik”, ohh so aku pun abaikan jelah sebab ngantuk gila, tiba tiba…
aku dengar bunyi berdentum (orang jatuh) dan mama aku menjerit “aduhhhhh” aku terus bangun dan lari ke bilik mama aku tengok dia dah terduduk atas lantai, aku tanya macam mana boleh jatuh ni? Dia kata dia tengah kejar lipas tu nak bunuh lipas tu lepas tu terjatuh. dia kata tangan dia sakit, punggung pun sakit. Serious sakit. Aku cuak.
Aku bergegas bawa dia ke hospital bahagian kecemasan , pendek cerita doktor xray dan dapati tulang tangannya patah 3 , doktor terus betulkan balik dan simen juga. Mak aku time tu dah lemah longlai , muntah2, sebab ubat anesthetic tu dia jadi mamai tak sedarkan diri, aku sorong dia naik wheelchair je, kami pun pulang ke rumah dan aku tidurkan dia.
Sesampai di rumah, bermulalah kisah hidup aku yg selama ni aku lalui telah berubah, keadaan dah berubah hidup aku bersama mama aku yg hanya mampu menggerakkan sebelah tangan, mak aku tak bole buat apa2 korang, aku dah 2 hari tak makan proper, aku sedih sangat tengok mak aku mengadu sakit bengkak tangan dia, satu benda pun tak boleh buat. Nak buka penutup tupperware pun susah. Tapi dia sedaya upaya juga nak potong bawang masakkan untuk aku, aku nampak dia pegang pisau tp sebelah lg tak boleh nak pegang bawang, aku menangis tengok keadaan tu.
Aku tanya dia kenapa mama sampai nak kejar lipas tu , mama kan dah tua, mama pun tahu tulang kita badan kita dah tak kuat tak boleh lari tak boleh buat kerja keras . korang tahu mak aku jawab apa??
“Ye mak tahu, tapi mak takut lipas tu masuk bilik adik nanti dia terbang kat adik time adik tidur, nanti menjerit2 adik”
Aku terdiam. Aku menangis. Ye, Mak aku patah tangan sebab aku. Cukuplah masa aku baby, mak aku tak tidur malam tengok aku susukan aku sampai kenyang, pastikan tak de seekor nyamuk pun hinggap kat aku, ni aku dah 21 tahun pun dia masih melindungi aku sampai macam ni sekali. Aku tersentuh korang.
Semalam aku tido sampai tengahari, bangun je makanan dah ada atas meja, tapi hari ni tak lagi, bangun awal pagi, make sure mama aku ambik wudhu nak solat subuh, nak mandi,pakai baju, aku kena masakkan mama aku, jaga mama aku, sampai sekarang aku tak boleh berhenti nangis memikirkan keadaan mama aku, aku tahu Allah hantar lipas tu untuk ubah segala2 nya, supaya aku dah tak jadi pemalas, supaya aku jadi dewasa, dan supaya aku dapat berbakti kat mama aku. aku kini jadi pengganti tangan kirinya yang patah. aku sayang saaaangat mama aku, aku tak tahu la hidup aku tanpa dia mcm mana 🙁




0 comments:

Post a Comment