Saturday, 10 September 2016

Filled Under:

"Hari Raya KORBAN ini, Abang Ceraikan awak Talak satu" Isteri Dijadikan KORBAN Suami. Keseorangan di Hospital pada Hari Raya Aidiladha !

Malam.
Isteri mencedukkan nasi ke pinggan suaminya.
Masing-masing tidak bersuara. Diam membisu seribu bahasa.
Memang begitu. Dah tiga bulan suasananya begitu.

Dingin. Tegang. 

Hari itu, nampaknya lebih dingin dari biasanya. Hujan renyai-renyai menambahkan kedinginan. Dingin dalam dua hati.
"Hari ni, hari last kita makan sama-sama."
Si suami berhenti makan. Basuh tangan.
"Sebab?" Isteri berkerut kening.

"Hari ini, abang lepaskan kamu dengan talak satu."
Isterinya itu terus kelu. Baru saja dijamahnya sedikit nasi. Suku pinggan pun belum. Dari tadi menanti suaminya pulang dari kerja. Lewat pula tu.
"Dah lima tahun kita kahwin. Awak faham dengan jelas, kita masih tak ada anak. Abang dah bosan. Bosan menanti. Awak asyik sakit perut, senggugut kuat, masalah dalam peranakan dan macam-macam lagi. Sampai bila nak berubat? 

Abang dah give up.
Abang tak nak poligami. Jadi, ini adalah keputusan terbaik untuk kita berdua."
Si isteri yang sudah jadi bekas isteri dalam sekali lafaz hanya terkedu. Menitiskan air mata.

"Abang, terima kasih atas segalanya. Terima kasih sudi sayang saya selama kita bersama. Jaga saya dengan baik. Maafkan saya tak mampu bahagiakan abang dengan zuriat....maafkan saya, tak sempat pun nak salam tangan abang buat kali terakhir sebagai isteri yang sah.."
Tak mampu dihabiskan kata-kata.
Diganti dengan deraian air mata.

Keesokan hari, mantan isteri dihantar pulang ke rumah keluarganya.
Bekas mertuanya menanti dengan tenang. Tidak marah sedikit pun. Dibiarkan saja bekas suami anaknya itu berlalu pergi dari penglihatannya.
"Jangan sedih. Ayah masih ada. Seandainya semua lelaki dalam dunia ini tak dapat jaga kamu, ayah tetap akan bela kamu sampai ke akhir nyawa. Meski kamu sakit pedih, cacat cela, buruk hodoh sekalipun, ayah tidak akan merasa jijik sedikit atau terbeban langsung dengan kamu.

Ini ujian kehidupan. Masa kamu remaja dulu, kamu fikir hidup berumahtangga itulah suatu kebahagiaan abadi. Namun, sekarang kamu mengerti.
Rumahtangga itu penuh ujian. Mereka yang tidak berumahtangga tidak akan memahami sehinggalah mereka melalui. Ayah percaya, kamu sekarang lebih matang menilai kehidupan.

Akhirat jualah bahagia berkekalan."
Ayah tua itu berkata-kata. Walau dia tahu, kata-katanya tidak mampu meredakan seluruh kecamuk perasaan.
Si anaknya itu cuma mampu memeluk ayah tuanya penuh tangis dan sendu. Dalam dunia yang penuh kejam, ayah sendiri jua yang masih punya hati.
***
Bekas suami tiba di rumah.
Kosong. Sunyi.
Tiada lagi wajah yang selalu dimarahinya. Dihinanya. Diperlinya tiap ketika.
Dibuka pintu bilik. Ada kotak di atas katilnya. Label, 
"Untuk suami tercinta."

Dikuaknya daun kotak. Diteliti satu persatu isi kotak.
Air matanya mengalir sendiri. Tak mampu ditahan lagi.
Dalam kotak, terisi penuh baju bayi. Stoking tangan dan kaki. Sweater. Penutup kepala.

"Abang, sejak awal kita nikah sampailah tahun ni, saya kaitkan semua ini untuk anak kita. Meski tak pasti bila saatnya, tapi saya percaya Allah akan makbulkan jua. Jika bukan di dunia, pasti di akhirat sana.
Abang,

Setahun yang lalu, saya dengan tidak sengaja membelek fon abang. Masa tu abang tengah tidur. Allah gerakkan hati saya untuk melihat ke Whatsapp abang.
Masa tu, hati saya hancur. Bila tahu, bila lihat, abang mencari yang lain. Bukan itu saja, abang tidak mengaku saya sebagai isteri.
Abang bilang abang tidak pernah cintai diri ini. 

Malahan, pelbagai kata yang tidak baik abang lemparkan pada saya. Sedangkan demi Tuhan, saya sanjung abang sebagai suami sikit pun tidak terusik hati ini untuk tidak setia. Untuk tidak hargai abang. 

Saya hargai penat lelah pengorbanan abang selama ini untuk menyara saya yang tak dapat berikan zuriat pada abang. Tapi, mengertilah, bukankah itu kerja Allah? Bukan kemahuan saya, tapi kehendak Allah? Sungguh, saya mahu jadi seorang ibu. Sumpah, hati ini lagi sedih melebihi kecewanya hati abang.
Abang tidak cuma sakiti hati saya, tapi abang lawan takdir Allah. Abang tak terima Qada' Qadar-Nya. 

Sedangkan Allah sedang menguji. Bukannya menghukum. Siapa yang bersyukur, siapa yang sabar, siapa yang cari-Nya, siapa yang nak jadi hamba-Nya, dan siapa yang nak tuntun tangan isteri bersama-sama ke Syurga.

Apakah tidak bahagia rumahtangga itu andai cuma ada kita berdua? Bagi saya, sudah cukup Allah bagi saya seorang suami. Saya tak layak minta lebih dari Allah. Ini saja sudah cukup membahagiakan hati. Itu yang saya fikir. Itu pendirian saya.

Saya diam sebab saya sayang abang sepenuh hati. Saya tak mengadu pada sesiapa agar abang tidak mempunyai isteri yang nusyuz. Saya tak mengadu di page rumahtangga membuka pekong sendiri, berbuat dosa. Saya hanya ada Allah di sisi.

Semuanya sudah saya tahu. 
Tiada apa lagi abang perlu sorokkan atau nafikan. Di sudut hati, berharap abang kembali ke sisi diri. Menunggu cinta tulus abang. Siang dan malam doa yang sama saya panjatkan. 
Tapi, saya terus dilupa.

Moga abang bahagia dengan pengganti saya. Sikit pun saya tak dendam atau sakit hati lagi. Saya cuba mengerti. Cuba reda sepenuh hati. Kerana selama ini, tugas saya pada abang adalah setia mencintai. Abang bagi saya tempat berteduh dan berlindung, beri saya makan dan pakai, beri saya secebis kasih sayang, semua itu dah lebih dari cukup. Saya tak layak minta lebih dari itu.
Salam sayang. 
Isterimu."

Lelaki itu menahan sebak di dada. Rasa bersalah menguasai jiwa. Lantas diambil kunci kereta. Mahu pulang segera ke kampung mertuanya.
***
Di kampung, bekas isteri sakit kritikal dalam perut.
Rupanya barah rahim.
Jadi rahsia selama ini.

Antara dia dengan ayahanda tercintanya.
Bertarung dengan nyawanya sendiri. Sudahlah hati robek dilukai, sakit ditanggung tidak terperi. Pengorbanan demi pengorbanan hati. Dilupa dan diluka jiwa dan raga. Telan walaupun tahu penantiannya tidak berbalas. Sia-sia.


Sudahnya, ayah tua itu menitiskan air mata di sisi anaknya.
Tanpa daya upaya.
Dalam penglihatan isteri, wajah suaminya muncul dalam samar dan kelabu. Cuba mengukir sebuah senyuman. 
Hatinya bersenandung lemah.


"Aku doa kau bahagia tanpaku...selamanya."


Suaminya meriba sekujur jasad yang diam bisu. Pernah setia padanya di suatu sudut waktu.




0 comments:

Post a Comment