Sumber: Hmetro. Oleh: Aimi Nordin
Suami mana yang sanggup lihat dan biarkan isterinya dimalukan depan orang ramai kan?
Buat lelaki bernama Bapurao Tajne, dia sanggup menggali perigi sendiri selama 40 hari berturut-turut selepas isterinya dimalukan kerana mengambil air dari perigi dari orang berkasta lebih tingga akibat kemarau yang melanda di Maharashtra, India.
Terkilan dan sedih isteri diperlakukan begitu, dia menangis apabila isterinya menceritakan pengalaman itu dan terus berazam mencari sendiri air untuk kegunaan keluarganya.
“Saya berazam kami tidak akan lagi mengemis air daripada sesiapa,” katanya.
Kerana tidak mampu berhenti kerja sebagai buruh, Tajne sanggup bangun lebih awal setiap pagi dan menggali telaga selama empat jam sebelum pergi bekerja selain dua jam sebaik pulang.
“Sebenarnya saya cuma berdoa dan bergantung kepada kata hati ketika mencari tempat menggali.
Saya diketawakan kerana gagal selepas tiga kali mencuba. Namun walaupun tak ada ilmu saya teruskan juga menggali.
“Namun, saya tidak berputus asa dan akhirnya menemui air,” katanya.
Seramai 330 juta orang terkesan akibat kemarau di India, malah sesetengah tempat juga melihat bekalan air minuman dicatu.
“Biarlah mereka gelakkan saya dulu, yang penting kita semua dapat berkongsi rezeki,” katanya.
Walaupun penat, dia tak kedekut untuk berkongsi air telaga dengan orang lain. Isterinya mengaku turut menggelakkannya kerana tidak percaya dia mampu berjaya.
“Sejujurnya saya tidak membantunya langsung. Tetapi sebaik dia menemui air saya kagum dan kami sekeluarga terus menolongnya,” katanya.
0 comments:
Post a Comment