Wednesday, 7 September 2016

Filled Under:

Korang Jangan TERKEJUT Bila Kenal Identiti Pengasas NASI LEMAK ANAK DARA Popular Ni. SEMPOI !!! Memang Cantik Orangnya

Korang Jangan TERKEJUT Bila Kenal Identiti Pengasas NASI LEMAK ANAK DARA Popular Ni. SEMPOI !!! - SAYALUVISLAM
Korang Jangan TERKEJUT Bila Kenal Identiti Pengasas NASI LEMAK ANAK DARA Popular Ni. SEMPOI !!! | Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah saya dapat order 100 bungkus nasi lemak anak dara untuk pagi ni. Tapi hamba Allah ni bagi amanah kepada saya untuk sedekahkan kepada sesiapa yang singgah ke gerai saya pagi tadi.
1
Terima kasih tuan. Moga makin murah rezeki tuan. Hanya 50 minit licin semua jualan. Alhamdulillah rezeki Allah. Mesti ramai yang nak tau kisah hidup saya dan bagaimana saya boleh buka gerai nasi lemak anak dara kan?
Okay sebelum tu saya cerita latar belakang saya dulu. Nama penuh saya Siti Hajjar Binti Ahmad. Umur dah 24 tahun. Anak ketiga daripada lima adik beradik. Tinggal di Sungai Petani, Kedah. Saya degree fresh graduate electronic engineering (medical electronic) dari Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dan insyaAllah Oktober nie saya akan konvo dengan beralaskan CGPA 3.33.
Saya sebenarnya baru merantau dan tinggal di Shah Alam dah hampir tiga minggu. Alasan saya nak stay disini sebab selalu dapat interview dan bagi saya better saya dok disini terus. Alhamdulillah lepas saya buat keputusan untuk stay disini, saya terus dapat offer kerja sebagai cost & design engineer kat Subang Jaya. Tapi akan start September nanti.
Saya sebenarnya langsung tak rancang nak niaga. Tetiba ilham datang untuk buka gerai nasi lemak. Lagipun hobi saya memasak so better saya guna kelebihan saya tu daripada saya membazir masa dengan benda tak berfaedah. Bagi saya berniaga ni sangat enjoy dan salah satu sunnah Nabi. Dan 70% pintu rezeki tu adalah daripada perniagaan.
2
Saya datang Shah Alam ni memang zero tak bawa apa-apa dari Kedah. Tapi kain baju tu bawa la. hehe.. Berbekalkan semangat yang ada, saya try berdikari untuk cari rezeki sendiri. Bagi saya, saya dah mampu untuk uruskan soal diri sendiri tanpa menyusahkan mak saya ataupun family saya. Dan saya akan bangga kalau dapat tunaikan permintaan arwah abah saya untuk tengok saya berjaya.
Mengenai mak saya memang la dia risau saya datang sini sebab anak perempuan kan, so macam-macam boleh jadi. Tapi insyaAllah atas berkat doa sorang mak, saya akan berjaya juga suatu hari nanti. Terima kasih mak.
Okay mesti korang pelik kan macam mana saya dapat modal sebab tadi saya cakap saya datang Shah Alam zero. Saya memang ada business brand shawl saya sendiri, Qaseh Stalista. Nanti jangan lupa like ye. Hehe.
Selain menjual nasi lemak, gadis ini juga merupakan seorang model untuk jenama shawlnya sendiri
Walaubagaimanapun, saya nak simpan duit dari bisnes shawl saya untuk design yang baru. Saya dapat modal buka gerai nasi lemak anak dara pun dari teman rapat saya. Nasib baik dia boleh tolong saya bagi modal. Hehe.
Korang tak pelik ke macamana saya boleh tulis Bahasa Kelate “nasi murah, hargo pecoh palo!”? Sebabnya kawe meme fasih kelate. Hok mano ore kelate tu, boleh jah nak kecek kelate nga kawe. Kawe pehe belako demo oyak. Haha, lagi satu Ore Kelate banyak nego sebab tu kawe suka juga.
Okay lepas tu saya pun mula la start beli barang semua. Mesti nak tau kan sapa yang masak. Fully 100% saya buat semuanya sendiri. Berbekalkan ilmu masak yang belajar dari mak, saya masak semuanya sendiri. Terima kasih lagi sekali mak. Saya sebenarnya berniaga tepi simpang pun sorang cuma ada juga kadang-kadang kawan teman. Terima kasih.
Masuk harini dah 4 hari saya berniaga. Boleh dikatakan sepanjang saya berniaga saya memang tak cukup tidur sebab nak siapkan semua makanan. Tapi disebabkan customer kesayangan saya semua, saya sanggup korban untuk puaskan hati customer. Saya paling suka bila org suka makan masakan saya. InsyaAllah saya akan sentiasa memperbaiki skill saya.
Selesai je berniaga nasi lemak, saya terus kemas barang dan angkat semua barang tu naik atas. Rumah saya tingkat paling atas tau kat flat PKNS tu. Tapi jangan risau insyaAllah saya kuat dari segi fizikal dan mental. Nampak saya kecik dan lembut tak semestinya saya tak boleh buat kerja macamtu. Saya rasa semua orang boleh buat cuma nak taknak je kan. Nasihat saya sapa-sapa yang nak berjaya kena usaha. Hiraukan apa orang cakap pasal kita asalkan benda tu memang di bawah keredhaan Allah.
Pelanggan juga berpuas hati dengan ‘nasi lemak anak dara’:
3
4
Mee goreng juga turut disediakan selain nasi lemak
5
Korang mesti tertanya kan yang ‘nasi lemak anak dara’ ni sekejap sahaja atau berterusan? InsyaAllah akan berterusan sampai bila-bila sebab saya ada plan nak buka kedai sendiri. So lepas ni korang boleh la rasa dan terus makan kat kedai nasi lemak anak dara tu terus. Hehehe.
InsyaAllah bila dah cukup modal, saya akan buka dan akan inform kepada semua.
Habistu macam mana pula dengan offer kerja di Subang? InsyaAllah saya dalam proses buat solat istikharah untuk meminta petunjuk yang mana lebih sesuai. Tapi jangan risau ‘nasi lemak anak dara’ sentiasa ada setiap hari cuma akan tutup bila cuti sahaja. Kalau gerai saya tutup, saya akan inform di Facebook saya ye.
Saya rasa setakat ini sahaja jalan kisah hidup saya sebagai si gadis penjual nasi lemak anak dara. Hopefully jalan cerita saya mampu jadi sumber inspirasi untuk korang semua untuk terus berjaya. Takda dalam dunia ni semua keje senang asalkan kita usaha dan terus berusaha sampai berjaya. Yang penting doa. Doa senjata umat Islam sebab Allah yang beri kita rezeki dan kawal semua yg kita buat. KREDIT HAJAR via VOHKET.




2 comments:

  1. Assalamulaikum tetarik baca artikal ni.. Nk tau ape nama db akk tu ek..

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum tetarik baca artikal ni.. Nk tau ape nama db akk tu ek..

    ReplyDelete